China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Enam Negara

2024-03-08 11:40:42  CRI
Share with:

China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa terhadap pemegang pasport biasa dari enam negara, iaitu Switzerland, Ireland, Hungary, Austria, Belgium dan Luxembourg, berkuatkuasa pada 14 Mac hingga 30 Nov 2024.

Ini bagi meningkatkan dan memudahkan pertukaran lawatan antara rakyat China dan luar negara.

Dalam tempoh tersebut, pemegang pasport biasa dari enam negara terbabit boleh memasuki China tanpa visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat saudara-mara, dan transit tidak lebih daripada 15 hari. 

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak memenuhi syarat tersebut masih perlu memohon visa ke China sebelum berlepas ke negara ini.