Identiti Perisik Kanada Terbukti Ekoran Ganti Rugi dari Kerajaannya

2024-03-09 16:20:28  CRI
Share with:

Kerajaan Kanada bersetuju mengganti rugi CAD7 juta (RM24.3 juta) kepada seorang peniaga negaranya, Michael Spavor yang pernah ditangkap di China dan dipenjarakan tiga tahun atas tuduhan melakukan kegiatan perisikan di negara ini.

Menurut jabatan keselamatan awam China, Michael Spavor yang pernah aktif untuk suatu tempoh masa yang panjang di kawasan sempadan China dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), dibuktikan pernah membantu bekas diplomat Kanada, Michael Kovrig mengumpulkan bahan-bahan risikan, dan membekalkan gambar dan video diambilnya secara haram berhubung kemudahan tentera China kepada Kedutaan Besar Kanada di China. Kedua-dua orang itu ditangkap pada tahun 2018, atas tuduhan melakukan jenayah mencuri sejumlah rahsia negara dan kemudian menyediakannya kepada pihak luar. Setelah disabitkan bersalah, mereka beralasan kena sakit meminta ikat jamin, lalu mendapat persetujuan dari makhamah, dan akhirnya diusirkan ke luar wilayah China.

Yang ironik, setelah pulang ke Kanada, Michael Spavor menfailkan dakwaan terhadap Michael Kovrig dan kerajaan Kanada. 

Justeru, kegiatan perisikan mereka di China terdedah melalui persengketaan dalaman itu. 

Adalah terbukti bahawa Michael Spavor sememangnya pernah melakukan perkara yang mengancam keselamatan wilayah China, dan pampasan sebanyak CAD7 juta (RM24.3 juta) itu turut mencerminkan bohongan Kanada yang pernah menyebut China "menahan dengan sewenang-wenangnya".

Kerajaan Kanada disarankan menghormati fakta, berhenti mencoret arang pada muka China, membetulkan kesalahfahamannya terhadap China, dan jangan menjadi tukang karut ketika mengekori AS pada setiap langkah. Kalau tidak, yang menjadi buruk itu bukan sahaja namanya di persada dunia, tetapi juga reputasinya di kalangan rakyat.