Saat Xi dalam "Dua Sesi": Demi Langit Biru Lestari

2024-03-09 14:31:12  CRI
Share with:

Bagaimana terus mencapai kemajuan di tengah-tengah situasi baharu? Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertukaran mendalam dengan para anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan mendengar pendapat mereka.

Ketika bertemu ramah dengan anggota CPPCC dari Suruhanjaya Revolusi Kuomintang China (RCCK), kalangan sains dan teknologi, kalangan alam sekitar dan sumber alam, pada petang Rabu, Presiden Xi menekakan bahawa hendaklah meningkatkan ketepatan dan memartabatkan pendekatan saintifik serta penguatkuasaan undang-undang dalam pelaksanaan dasar mengawal pencemaran secara menyeluruh, menggalakkan pembangunan sosioekonomi yang mesra alam dan rendah karbon, mengukuhkan pemuliharaan sumber dan kitar semula secara intensif, meluaskan saluran untuk merealisasikan nilai produk ekologi, memperjuangkan matlamat tentang mencapai puncak pelepasan karbon dan neutral karbon, selain mencetuskan momentum baharu dalam menerajui pembangunan berkualiti.

"Apabila berdepan masalah baru, kita tidak boleh mengabaikan masalah yang lama. Kita mesti menangani kedua-duanya secara serentak.

"Mereka yang tidak berpandangan jauh, tentu akan dihantui permasalahan pada masa ini. Perlindungan alam sekitar antara misi yang berjangka panjang, dan kita tidak boleh berganjak dari usaha itu,"  ujar Xi.