Pelabur Asing Nikmati Peluang yang Semakin Banyak di China

2024-03-09 15:44:25  CRI
Share with:

Dalam laporan kerja kerajaan yang dibentangkan pada sidang pembukaan sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, China telah memperkenalkan langkah-langkah untuk menarik dan meluluskan pelaburan asing serta terus mempertingkatkan tahap keterbukaan.

Selain komited memperincikan pelaksanaan siri langkah perkhidmatan bagi memudahkan keluar masuk peniaga asing, China juga bertindak pantas dalam memastikan aktiviti pelaburan dan pengendalian mereka terjamin. Presiden Siemens Healthineers Jerman bagi Zon Greater China, Wang Hao menyatakan bahawa sikap China yang giat menyediakan persekitaran perniagaan kelas pertama telah memperkukuh keyakinan pelabur asing untuk memperhalusi urus niaga di China.

Laporan itu menyebut bahawa China akan memendekkan lagi senarai negatif tentang akses modal asing, membatalkan semua sekatan terhadap modal asing dalam sektor perkilangan, melonggarkan sekatan terhadap pelabur asing yang mengakses pasaran perkhidmatan yang termasuk telekomunikasi dan perubatan. 

Sehubungan ini, Jean-Christophe Pointeau selaku Presiden Pfizer di Zon China yang juga Naib Presiden Persatuan Perusahaan Pelaburan Asing di China menyatakan bahawa langkah-langkah ini menunjuk keazaman China untuk meningkatkan tahap keterbukaan sekali gus menyuntik momentum kepada perusahaan pelaburan asing yang hendak mengakar di negara ini demi manfaat dunia.

Selain itu, China ikrar bertindak pantas dalam memastikan perusahaan pelaburan asing mendapat layanan yang sama seperti yang dinikmati perusahaan domestik,   dan melibatkan diri secara sama rata dalam pembelian kerajaan, pembidaan dan penggubalan standard berdasarkan rujukan undang-undang. Ada pakar menganalisis bahawa langkah-langkah yang menekankan keadilan dan kesaksamaan ini, mencerminkan kerajaan China bersikap ikhlas dalam membantu perusahaan pelaburan asing menyelesaikan masalah praktikal dan menggalakkan pelaksanaan projek pelaburan asing.

Baru-baru ini, sejumlah laporan tinjauan tajaan kesatuan perniagaan asing daripada beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Jepun menunjukkan bahawa sebilangan besar syarikat yang melabur di China terus menjadikan China sebagai destinasi pelaburan pilihan pertama atau antara tiga pilihan teratas di dunia. 

Seperti yang dikatakan Nicolas Hieronimus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan L'Oréal Perancis, China tetap negara yang boleh menyediakan banyak peluang untuk fasa seterusnya. 

"Kami akan terus berkembang di China, untuk China, dan dengan China," kata beliau.