Presidium Sesi Kedua NPC ke-14 Adakan Sidang kedua

2024-03-09 14:26:48  CRI
Share with:

Presidium Sesi Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 mengadakan sidang kedua di Beijing pada petang Jumaat.

Para hadirin membuat undian dalam sidang itu dan memutuskan untuk mengemukakan draf resolusi mengenai laporan kerja kerajaan Sesi Kedua NPC ke-14, laporan pelan pembangunan ekonomi dan sosial negara dan rancangan untuk 2024, laporan belanjawan kerajaan pusat dan tempatan serta belanjawan untuk 2024, selain draf pindaan kepada Undang-undang Organisasi Dewan Negara kepada semua delegasi untuk dibahaskan dan dibincangkan.  

Pengerusi Eksekutif Presidium, Zhao Leji mempengerusikan sidang itu.