Usul yang Diterima Persidangan ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC Meningkat ke 5,898
2024-03-10 14:54:03 CRI
Sejak Persidangan Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politk Rakyat China (CPPCC) ke-14 membuka tirai pada 4 Mac, lebih 2,000 orang anggota daripada 34 kalangan telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan mengenai urusan negara bagi menjana inisiatif impak sosial yang berkaitan. Setakat pukul 8 malam 5 Mac, usul yang sudah diterima persidangan itu meningkat ke 5,898, dengan 5,006 antaranya sudah lulus dalam pemeriksaan dan difailkan menurut peraturan CPPCC.
Selepas Persidangan berakhir, kesemua usul yang sudah difailkan tersebut akan diserahkan kepada pelbagai jabatan dan institusi yang terbabit untuk ditangani.