Kenali Demokrasi ala China melalui NPC dan CPPCC

2024-03-10 15:58:24  CRI
Share with:

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan ulang tahun ke-75 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC). Hampir 3,000 orang wakil NPC dan lebih 2,100 anggota CPPCC yang membawa pendapat umum seluruh negara berhimpun di Beijing, mengikuti pelbagai sesi perbincangan mengenai hal ehwal negara, mengemukakan saranan demi pembangunan dan kemajuan negara, sekaligus mencetuskan fenomena demokrasi ala China yang dinamik yang dapat disaksikan dunia luar.

Dimaklumkan, saranan yang dikemukakan pada kedua-dua persidangan NPC dan CPPCC 2024 menumpu kepada masalah pembangunan sosioekonomi yang menonjol dewasa ini.

Menurut statistik berkenaan, pelbagai jabatan Dewan Negara telah menangani kesemua 12,000 saranan  dari wakil NPC dan anggota CPPCC pada tahun lepas, dengan hampir 4,700 sudah diterima pakai, dan dijadikan rujukan dalam mengeluarkan lebih 2,000 langkah berkenaan yang terbukti kondusif dalam menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dan penambahbaikan hidup rakyat.

Bukanlah hanya model Barat yang digunakan untuk mengembangkan demokrasi. Perincian dalam operasi demokrasi ala China terdedah ke dunia luar menerusi berlangsungnya persidangan NPC dan CPPCC, yang boleh memperhatikan kelebihan sistem politik demokratik di China, di samping mempunyai petua bagi pembangunan dan kemajuan di negara ini.