Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Pakistan Asif Ali Zardari

2024-03-10 14:51:58  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Asif Ali Zardari atas terpilihnya sebagai Presiden Pakistan, pada hari Ahad.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, China dan Pakistan sebagai dua jiran, sahabat, rakan dan saudara yang baik, mempunyai persahabatan sekukuh "besi" yang bersejarah yang dilihat sebagai kekayaan berharga milik rakyat kedua-dua negara. Pada beberapa tahun lalu, China dan Pakistan mengekalkan  pertukaran peringkat tinggi yang rapat, menyokong dalam isu-isu melibatkan keprihatinan dan kepentingan teras satu sama lain. Dalam pada itu, kedua-dua negara ini melakar kecemerlangan dalam pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan dan mengekalkan perkembangan hubungan dua hala pada tahap tinggi. 

"Di sebalik situasi dunia pada masa ini yang penuh dengan perubahan drastik yang tiada tolok banding dalam seratus tahun lalu, perkongsian strategik China-Pakistan membawa makna yang lebih menonjol,"

"Saya mengutamakan perkembangan hubungan China-Pakistan dan bersedia bekerjasama dengan Presiden Zardari untuk terus menyuburkan persahabatan tradisional, bertindak pantas mempergiat kerjasama dalam pelbagai sektor, mengintensifkan perkongsian strategik sepanjang masa China-Pakistan, mewujudkan komuniti berkongsi nasib China-Pakistan yang lebih erat pada era baharu demi manfaat rakyat kedua-dua negara," kata Xi.