AS Terang-terangan Akui "Asyik Mengaut Keuntungan dari Peperangan"
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin pada sebuah mesyuarat di Rumah Putih baru-baru ini berkata, konflik Rusia-Ukraine membawa "keuntungan" kepada ekonomi AS.
Menurutnya, senjata bantuan AS kepada Ukraine dikeluarkan oleh pekerja di seluruh negaranya, dan pelaburan berkenaan telah memperluaskan skala kemudahan dan menyediakan peluang pekerjaan di AS.
Ini juga terbukti oleh data Rizab Persekutuan Amerika, iaitu keluaran perindustrian AS dalam sektor pertahanan dan aeroangkasa telah meningkat sebanyak 17.5% sejak tercetusnya konflik Rusia-Ukraine.
Terdahulu, The Wall Street Journal melaporkan, Senat AS mengundi pada bulan Februari untuk meluluskan "rang undang-undang bantuan terhadap luar" yang bernilai kira-kira USD95 bilion (RM445 bilion), antaranya melibatkan kira-kira USD60 bilion (RM281 bilion) bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
Menurut pegawai kerajaan AS, 64 peratus daripada dana bantuan itu akan mengalir kembali ke industri ketenteraan AS bagi membantu negaranya membina semula pangkalan industri pertahanannya dan menyediakan sokongan kepada sektor pengambilan pekerja di 40 buah negeri. Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pernah secara terbuka mengatakan, 90% dana bantuan ketenteraan AS ke Ukraine digunakan untuk mengeluarkan senjata dan kelengkapan ketenteraan di negaranya.
Gelagat Setiausaha Pertahanan AS yang teruja dalam mengakui negaranya asyik mengaut keuntungan dari peprangan ini memperlihatkan bahawa justeru kartel perang di negara itu yang merupakan penghisap darah, dan juga penyebab utama pergolakan di dunia.
Semakin lama peperangan tersebut berlangsung, semakin banyak keuntungan yang dikaut AS. Keuntungan yang terbabit bukan sahaja boleh digunakan untuk memindahkan pertelingkahan domestiknya ke dunia luar, menjana ekonomi AS yang dibebani hutang tinggi, menarik modal dari Eropah, bahkan juga meraih laba melalui perdagangan dari pelbagai negara lain dengan menggunakan status monopoli dolar ASnya.
Waspadalah, tindakan hegemoni yang dahsyat ini! Untuk meningkatkan keberkesanan dalam mengekang "jentera perang" AS, hanya boleh bergantung kepada kekuatan pemeliharaan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa yang semakin kukuh, yang boleh membantu memastikan keamanan dan pembangunan dunia terjamin.