AS akan Bina Pelabuhan Sementara di Pesisir Pantai Laut Mediterranean

2024-03-11 14:28:50  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan baru-baru ini bahawa negaranya merancang untuk membina sebuah pelabuhan sementara di pesisir pantai Laut Mediterranean di Genting Gaza, untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laut. Kenyataan itu segera menimbulkan persoalan pelbagi pihak.

Walaupun kerajaan AS dan Israel mempunyai perselisihan pendapat dalam isu Gaza, tetapi AS terus  menghantar senjata ke Israel sejak konflik tercetus pada awal Okt lalu, dan mengganggu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mengenai gencatan senjata di Gaza. 

Biden pada Sabtu memberitahu wartawan bahawa negara itu tidak akan berhenti menghantar senjata kepada Israel. 

Oleh itu, langkah Washington yang menggugurkan barang bantuan kemanusiaan di Gaza dipandang sebagai "munafik" dan "tunjuk-tunjuk" saja.