Rundingan Gencatan Senjata di Gaza Temui Kebuntuan

2024-03-11 12:12:18  CRI
Share with:

Rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza menemui kebuntuan kerana Israel dan Hamas mempunyai perselisihan pendapat yang besar dalam isu-isu utama seperti definisi dan tempoh gencatan senjata serta kaedah untuk membebaskan tahanan.

Namun rundingan itu masih diteruskan. 

Menurut sumber dari Mesir, Mesir selaku pengantara telah menghubungi pegawai kanan Hamas dan Israel pada hari Ahad, cuba mempromosikan rundingan gencatan senjata semasa bulan Ramadan yang akan datang.