Kereta Api Kargo China-Eropah Hantar 317,000 TEU dalam Dua Bulan

2024-03-11 14:27:08  CRI
Share with:

Kereta api kargo China-Eropah yang berjalan sebanyak 2,928 kali dalam dua bulan pertama tahun ini telah menghantar 317,000 TEU kargo. Kedua-dua angka tersebut masing-masing meningkat 9 peratus dan 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Setakat penghujung Februari lalu, jaringan kereta api kargo China-Eropah meliputi 120 bandar di China dan 219 bandar di 25 negara Eropah.

Menurut pegawai Syarikat Kereta Api China baru-baru ini, jumlah penghantaran kargo kereta api China-Eropah mengekalkan momentum pertumbuhan kuat, sekali gus memaparkan trend peningkatan mampan perdagangan luar negara ini. 

Bagi fasa seterusnya, pihak Syarikat Kereta Api China akan menumpu kepada pembinaan Jalur & Laluan (BRI) bermutu tinggi, meningkatkan kualiti pengoperasian kereta api kargo China-Eropah, dan menggalakkan laluan tersebut ke arah lebih bermutu, lebih cekap dan lebih selamat.