Taman Perumahan Baharu untuk Migran Miskin Etnik Minoriti

2024-03-11 14:02:55  CRI
Share with:

Taman Perumahan Hong’an mempunyai komuniti penduduk migran etnik minoriti yang terbesar di provinsi Hunan, yang terdiri daripada seramai 4,700 penduduk kampung yang berpindah atas bantuan kerajaan tempatan dari pergunungan yang menderita kemiskinan tegar. Terletak di pekan Heku kaunti Fenghuang di provinsi Hunan, Taman Perumahan Hong’an yang beroperasi sejak tahun 2018 itu, mula dilengkapi infrastruktur dan kemudahan perkhidmatan awam yang semakin banyak melibatkan pusat perkhidmatan, tadika, pusat kesihatan, gelanggang bola keranjang dan sebagainya. Penduduk tempatan berpeluang menjana pendapatan dan menjalani kehidupan yang semakin baik melalui urus niaga pemprosesan bagasi, beg dan kulit bersamak di bengkel komuniti kampung yang berkembang maju pada beberapa tahun kebelakangan ini.