Laluan Penerbangan Sambungkan Sanya dengan Luar Negara Pulih

2024-03-12 11:10:46  cri
Share with:

Bandar Sanya provinsi Hainan dijadualkan dibina sebagai pusat penggunaan pelancongan antarabangsa dan "bandar mesra pelancong" berdasarkan pembangunan berkualiti yang dipergiatkan sejak akhir-akhir ini. Landskap penerbangan yang menyambungkan Sanya dengan luar negara dilaporkan sudah pulih berkat tindakan yang pantas. Setakat ini, sebanyak 15 laluan penerbangan yang menyambungkan Sanya dengan pelbagai destinasi di luar negara seperti Seoul, Jakarta, Hanoi, Alma-Ata, Bangkok, Singapura dan Moscow beroperasi seperti biasa.