Industri Pelancongan China Pulih dengan Kukuh: Menteri

2024-03-12 12:44:55  CRI
Share with:

Industri pelancongan China menyaksikan pemulihan kukuh dan pertumbuhan pesat pada 2023, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Sun Yeli.

"Ledakan aktiviti pelancongan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan domestik, menjana pasaran pekerjaan dan mengukuhkan keyakinan," ujar beliau ketika memberi taklimat kepada media selepas mesyuarat penutup sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di Dewan Besar Rakyat di Beijing, pada Isnin.

Sun berkata, China menyaksikan ledakan dalam industri pelancongan ais dan salji di bahagian timur laut semasa musim sejuk lalu.

"Di provinsi Heilongjiang sahaja, sebanyak 120 juta pelancong dicatat bagi tempoh November tahun lalu hingga Februari dengan pendapatan pelancongan berjumlah 170 bilion yuan (RM110.9 bilion).

"Seluruh negara juga mengalami ledakan pelancongan pada 2023 apabila pelancong domestik melakukan hampir 4.9 bilion perjalanan sepanjang tahun lalu dan jumlah perbelanjaan pelancongan direkod lima trilion yuan (RM3.26 trilion)," jelas Sun.