4.83 Juta TEU Dikendalikan Pelabuhan Shenzhen Dua Bulan Pertama 2024

2024-03-12 11:13:02  CRI
Share with:

Pelabuhan Shenzhen telah mengendalikan sebanyak 4.83 juta TEU dalam dua bulan pertama tahun ini, meningkat 23.5 peratus dari tahun ke tahun, kata Biro Pengangkutan Shenzhen baru-baru ini.

Menurut data oleh Kumpulan Pelabuhan Shenzhen, jumlah pengendalian pengangkutan laut pelabuhan itu meningkat besar dalam dua bulan pertama tahun ini, berikutan peningkatan jumlah pesanan e-dagang rentas sempadan dari syarikat yang turut merangsang pembangunan sektor logistik.