Sekurang-kurangnya Enam Maut Kes Tembakan di AS

2024-03-12 12:25:43  CRI
Share with:

Beberapa kes tembakan berlaku di Illinois, Minnesota dan beberapa wilayah lain di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu, mengakibatkan kematian dan kecederaan teruk. 

Sekurang-kurangnya dua orang mati dan 14 lagi cedera dalam tembakan di di Illinois.

Insiden tembakan yang berlaku di sebuah kelab malam di Minnesota mengakibatkan tiga orang ditembak.

Dua insiden tembakan berlaku di Florida, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Manakala tembakan di Arkansas menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan beberapa lagi cedera.

Dalam pada itu, dua suspek yang terlibat dalam tembakan di Pennsylvania pada minggu lalu telah ditangkap polis pada Isnin. Pada 6 Mac lalu, beberapa penembak bertopeng melepaskan lebih 30 tembakan ke arah pelajar-pelajar sekolah menengah yang sedang menaiki bas, mengakibatkan lapan pelajar ditembak.