Industri Automobil China Berkembang Baik

2024-03-12 15:08:22  CRI
Share with:

Jumlah pengeluaran dan penjualan automobil di China masing-masing mencapai 3.91 juta dan 4.02 juta pada dua bulan pertama tahun ini, naik 8.1 peratus dan 11.1 peratus tahun ke tahun. 

Antaranya jumlah pengeluaran dan penjualan kenderaan tenaga baharu (NEV) masing-masing mencecah 1.25 juta dan 1.2 juta, menokok 28.2 peratus dan 29.4 peratus, dan menduduki 30 peratus dalam pasaran.

Demikian maklumat oleh Persatuan Industri Automobil China (CAAM) pada 11 Mac.

Timbalan Ketua Setiausaha CAAM, Chen Shihua berpendapat bahawa penambahbaikan dan pelaksanaan siri dasar berkaitan akan membantu mengukuhkan dan meluaskan perkembangan industri automobil, sekali gus merangsang daya inovasi syarikat, dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam industri automobil.