Hainan Lancar Operasi Kastam Baharu Hujung 2025

2024-03-13 11:50:56  CRI
Share with:

Selaku projek terpenting dalam pembinaan pelabuhan perdagangan bebas bercirikan China, Hainan akan melancarkan operasi kastam yang baharu menjelang hujung tahun 2025.

Apakah itu operasi kastam yang baharu? Dan mengapa ia sangat penting?

Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di provinsi Hainan, Feng Fei memberi penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu.

Menurut beliau, pada masa hadapan, aktiviti perdagangan dan pelaburan antara Hainan dengan seluruh dunia akan menjadi lebih kerap, bebas dan mudah.