Pelancongan ke China Selamat Lagi Mudah

2024-03-13 17:03:08  CRI
Share with:

Semalam Satria baru membaca berita berhubung kehilangan seorang gadis warga Malaysia, Wong Shuet Ying, 22 yang dilaporkan datang ke Hangzhou empat hari yang lalu untuk bertemu dengan kawan yang dikenali melalui permainan telefon. Ketika berangan-angan untuk mengongsikan maklumat tersebut di Wechat supaya lebih ramai orang membantu mencari, Satria menbaca updata yang baik lagi bahawa Shuet Ying sudah balik ke Malaysia dengan selamat.

 

Satria membacakan kes ini kepada si kecil untuk menasihatinya agar memberitahu ibu bapa jika hendak pergi ke mana-mana tempat.

 

Bagaimanapun, dalam kes ini ada dua fakta, iaitu dasar saling mengecualikan visa memang memudahkan pelancongan antara China dengan Malaysia, dan pelancongan ke China sangat selamat.

 

Baru-baru ini, persitiwa pempengaruh media sosial Sepanyol yang melancong ke India dirogol oleh tujuh lelaki tempatan mengejutkan seluruh dunia. Ada netizen bertanya di Quora apakah China selamat bagi pelancong.

 

Gary Almond yang telah melawat lebih 30 negara menyifatkan China antara negara yang paling selamat. Beliau telah tinggal di China selama 10 tahun. Apa yang mengejutkan Gary adalah polis di sini tidak membawa pistol meskipun di bandar yang jumlah penduduk mencatat lebih 20 juta orang.

 

Namun, apa yang paling mengejutkan netizen asing adalah gadis-gadis di sini, termasuk warga asing boleh berjalan-jalan di luar pada tengah malam tanpa bimbang akan keselamatan. Hal ini sama sekali tidak mungkin berlaku di Amerika Syarikat atau Perancis.

 

Ada netizen asing juga terkejut ketika melihat warga China keluar dari kedai kopi dengan meninggalkan tas tangan jenama Dior dan Macbook di atas meja. Selepas lebih 30 minit berlalu, barangan itu masih terletak di atas meja dan tidak dicuri. Beliau mengongsikan pengalaman yang mengejutkan itu dengan bukti gambar di media sosial.

 

Selain menjamin keselamatan, China juga berusaha memudahkan pelancong asing dengan dasar pengecualian visa yang melibatkan semakin banyak negara.

 

Perkhidmatan dalam talian termasuk e-bayar berkembang pesat di China pada beberapa tahun ini. Rakyat China melakukan apa jua urusan dalam kehidupan harian dengan telefon pintar saja. Tanpa disangka hal ini telah menjadi satu masalah bagi para pelancong dari luar negara.

 

Misalnya, banyak kedai di China enggan menerima wang tunai atau kad kredit. Tempahan tiket taman atau muzium, bahkan pergi ke hospital pula melalui Wechat atau Alipay dalam telefon pintar. Bagi mereka yang baru datang ke China, memang susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

 

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pusat perkhidmatan pembayaran pelancong asing dibuka di lapangan terbang di Beijing dan beberapa bandar raya lain. Staf di sana akan membantu pelancong asing memuat turun aplikasi dan menghubungkan aplikasi berkenaan dengan kad bank negara pelancong bagi menikmati e-bayar di China dengan lancar.

 

Hotel, restoran, taman, pasar raya yang besar pasti menerima penggunaan kad kredit dari luar negara. Sudah tentu larangan pembayaran menggunakan wang tunai RMB disifatkan sebagai tindakan yang melanggar undang-undang China.