Karya Seramik Miniatur Jingdezhen

2024-03-13 16:13:48  CRI
Share with:

Tukang seramik dari Jingdezhen, provinsi Jiangxi, Wang Wenhua telah menjadi pempengaruh yang viral dalam dunia siber berikutan klip videonya mengenai tekniknya membuat karya seramik miniatur yang disiarkan melalui platform dalam talian di seberang laut.

Wang Wenhua memulakan penyelidikan dan penghasilannya selepas mendapati bahawa karya seramik yang saiz terkecil di dunia kurang terkenal, sedangkan yang terbesar selalu menjadi tumpuan umum.