Apakah Niat Sebenar AS di Sebalik "Komitmen"?

2024-03-14 15:30:51  CRI
Share with:

Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo menyatakan di Manilia Filipina pada Selasa bahawa pihaknya akan membantu Filipina menggandakan jumlah kilang pembuat semikonduktor untuk mengelakkan rantaian bekalan cip “terlalu tertumpu di suatu tempat” di peringkat global. 

Sebelum ini, Raimondo mengumumkan bahawa syarikat AS akan melaburkan dana sebanyak USD1 bilion kepada Filipina. 

Apakah itu betul-betul bantuan yang ikhlas, atau ada niat di sebaliknya?

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pelaburan AS di Filipina kekal di sekitar USD1 bilion setiap tahun. Sejak kabinet baharu Filipina naik ke tampuk pemerintahan pada Jun 2022, AS memperhebat tarikan kepada Filipina untuk melaksanakan apa yang disebut “strategi Indo-Pasifik”, tetapi jumlah pelaburannya tidak bertambah. Menurut statistik, jumlah pelaburan AS kepada Filipina mencatat USD1 bilion pada 2023 dan menjadi negara pelabur keenam terbesar bagi Filipina. Tetapi jumlah pelaburan AS kepada Thailand mencatat kira-kira USD2.3 bilion pada tempoh yang sama.

Lawatan Raimondo ke Filipina kali ini diiringi rombongan yang terdiri daripada 22 wakil komersial dan industri strategik. Beliau membuat komitmen untuk menambah pelaburan kepada Filipina, namun tidak menyentuh langkah yang konkrit.

“Strategi Indo-Pasifik” AS mengutamakan keselamatan dan ketenteraan, tetapi bukan ekonomi, dan ini menjadikan strategi itu kurang daya tarikan bagi rakan sekutunya. Ekonomi Filipina kurang maju dan amat memerlukan pembangunan ekonomi. Komitmen Raimondo kali kali adalah untuk menambah isi kandungan ekonomi ke dalam strategi tersebut serta menyuntik penggerak ekonomi kepada hubungan persekutuan ketenteraan kedua-dua negara itu.

Sebagai negara dari luar rantau ini, AS mengambil hati Filipina dengan komitmen ekonomi adalah jelas mempunyai niat geopolitik di sebaliknya, iaitu menggunakan Filipina untuk berkonfrontasi dengan China dan mengekang China. Contohnya, AS telah mencampur tangan secara mendalam tentang isu Laut China Selatan.

Sebelum lawatan Raimondo kali ini, Filipina membelakangi janjinya dan mengerahkan dua kapal pengawal pantai dan dua kapal logistik menceroboh masuk kawasan perairan terumbu Ren'ai di Kepulauan Nansha China serta dengan sengaja melanggar kapal Pengawal Pantai China (CCG). 

Apakah Filipina tidak memahami niat AS? Filipina hendak menduduki terumbu Ren'ai dan Pulau Huangyan China dengan hegemoni AS serta mendapat keuntungan dari kekangan AS terhadap industri semikonduktor China. Filipina patut berhati-hati dan jangan tertipu dengan komitmen kosong oleh AS.