7 Maut dalam Kemalangan Letupan di Hebei

2024-03-14 15:17:58  CRI
Share with:

Seramai 7 maut dan 27 lagi cedera dalam letupan gas di pekan Yanjiao, bandar Sanhe, Langfang, provinsi Hebei China pada Rabu.  

Menurut pihak berkuasa tempatan, letupan itu berlaku pada pukul 7.54 pagi. Setakat ini kerja menyelamat telah berakhir, semua mangsa cedera dalam keadaan selamat dan 14 daripada mereka telah dibenarkan keluar dari hospital.

Pada masa kini, punca letupan sedang disiasat, dan kerja susulan dan pembersihan tempat kejadian masih dijalankan.