Wakil China Kongsi Pengalaman Pembangunan Hak Asasi Manusia di UNHRC

2024-03-14 14:48:44  CRI
Share with:

Sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) diadakan di Geneva pada 26 Feb hingga 4 April.

Sarjana dan pakar dari institut pengajian hak asasi manusia China berkongsi pengalaman negara ini dalam perkhidmatan dan jaminan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan jaminan hak privasi, dalam sesi yang diadakan mutakhir ini.

Naib Ketua Institut Pengajian Hak Asasi Manusia Universiti Guangzhou, yang juga anggota Majlis Pengelola Persatuan Penyelidikan Usaha OKU China, Zhou Lulu berkata, perkhidmatan dan jaminan terhadap golongan OKU China telah dilengkapi di sisi undang-undang dan dilaksanakan secara sistematik. 

"China menggubal akta dan undang-undang serta mempraktikkannya dalam pendidikan, pengambilan pekerja dan pembinaan persekitaran yang mesra kepada golongan OKU," kata Zhou.

Profesor Guo Miao dari Universiti Sains Politik dan Undang-undang Barat Laut China berkongsi pengalaman China dalam perlindungan hak privasi pada zaman media sosial.

"China berusaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran awam terhadap perlindungan hak privasi melalui kempen kebajikan awam, disamping mewajibkan syarikat platform digital untuk melindungi privasi pengguna," kata Guo.