Gala Hari Pengguna Tahun 2024 Disiarkan Malam Jumaat

2024-03-14 15:14:07  CRI
Share with:

Kerja persiapan bagi gala Hari Pengguna "3.15" anjuran Kumpulan Media China (CMG) sudah berakhir dan akan disiarkan di saluran televisyen CCTV 2 pada jam 8.00 malam 15 Mac. 

Gala itu juga akan disiarkan di pelbagai platform dalam talian. 

Gala hari pengguna tahun ini bertemakan "Membina Integriti dan Berkongsi Keselamatan", dan akan memfokuskan kepada pencegahan kebakaran dan keselamatan makanan, kewangan, data dan lain-lain. 

Bervisikan untuk meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan pengguna, menambah baik persekitaran penggunaan, menggalakkan peningkatan berterusan kualiti barangan dan perkhidmatan, gala itu telah diadakan sebanyak 33 kali sempena Hari Pengguna setiap tahun.