Penjara di Haiti Terbakar, Banduan Dipindahkan

2024-03-15 12:17:30  CRI
Share with:

Penjara Negara Haiti yang terletak di Port-au-Prince musnah akibat kebakaran pada Khamis dan semua banduan telah dipindahkan ke tempat lain. Punca kebakaran masih belum diketahui.

Kumpulan bersenjata tempatan menyerang penjara negara tersebut pada 2 Mac, menyebabkan hampir 4,000 banduan melarikan diri dan konflik kekerasan meningkat. Selepas itu, hanya sebahagian kecil banduan ditahan di penjara itu.