20 Rakyat Palestin Terbunuh dalam Serangan Israel di Gaza

2024-03-15 14:15:21  CRI
Share with:

Menurut maklumat dari jabatan kesihatan Genting Gaza, serangan Israel terhadap pusat pengedaran barang bantuan di Gaza pada malam Khamis telah mengakibatkan 20 rakyat Palestin terbunuh, dan 155 lagi cedera. 

Setakat ini, Israel masih belum memberikan sebarang respons.

Untuk rekod, bulatan Kuwait yang terletak di jalan Salah al-Din, Genting Gaza ialah pusat pengedaran barang bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).