Ekonomi Kampung Hemu Bersandarkan Sumber Ski

2024-03-15 11:36:29  CRI
Share with:

Dengan adanya landskap yang dilitupi salji tebal apabila tibanya musim sejuk yang kelihatan seperti dunia fantasi, kampung Hemu yang terletak di kawasan pedalaman pergunungan di kaunti Buerjin wilayah Xinjiang sudah menjadi satu lokasi tumpuan pelancong. Pelaksanaan skim pembangunan tempatan yang bertunjangkan industri ski dan pelancongan melibatkan pelbagai kemudahan seperti padang ski, inap desa dan restoran menjadi semakin rancak sejak akhir-akhir ini. Pendapatan per kapita dilaporkan mencecah RMB45,000 (RM29,312) di kampung Hemu pada 2023.