Siapakah Jual Paling Banyak Senjata?

2024-03-15 15:45:26  CRI
Share with:

Laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) Sweden menunjukkan, eksport senjata oleh Amerika Syarikat (AS) menyaksikan peningkatan sebanyak 17 peratus dalam tempoh 2019 hingga 2023, menyumbang 42 peratus kepada keseluruhan eksport senjata dunia. 

Bagi tempoh sama, jumlah import senjata oleh negara Eropah meningkat 94 peratus, terutamanya ekoran konflik Rusia-Ukraine.

Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin baru-baru ini mengakui konflik Rusia-Ukraine membawa manfaat kepada ekonomi negaranya.