Petik Teh pada Musim Bunga

2024-03-15 11:38:58  CRI
Share with:

Tibalah masa untuk memetik teh di perkebunan yang seluas lebih 800 hektar di kaunti Fengjie bandar Chongqing pada musim bunga sekarang ini. Para pekebun kelihatan sibuk dan teruja ketika memetik hasil tanaman mereka. Pelaksanaan skim pembangunan desa yang bersandarkan industri teh dipergiatkan di kaunti Fengjie pada tahun-tahun kebelakangan ini. Perkembangan industri teh tempatan dilaporkan tidak terlepas dari pembinaan pangkalan teh, kemajuan teknologi, penyelidikan dan peningkatan kualiti produk.