China Seru Majukan AI Lindung Hak Kanak-Kanak

2024-03-15 15:02:53  CRI
Share with:

Wakil China menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan pembangunan berkualiti tinggi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu mempromosikan kesihatan mental kanak-kanak dan melindungi hak golongan terbabit, pada sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva pada Khamis.

Berucap mewakili 80 negara, Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu mengatakan bahawa AI ialah sektor baru muncul dalam pengembangan manusia, manakala kanak-kanak adalah masa depan dan harapan manusia. Generasi baharu akan menjadi tenaga utama yang menggunakan AI dan memperoleh manfaat daripada teknologi itu.

Beliau turut mencadangkan supaya memainkan peranan AI dalam aspek kaunseling untuk kesihatan mental kanak-kanak, meningkatkan pertukaran dan kerjasama untuk menyediakan sokongan teknologi kepada negara-negara membangun, berkongsi pengalaman serta mengurangkan jurang kepintaran. 

Selain itu, beliau juga mencadangan agar menghormati kedaulatan, undang-undang, situasi serta latar belakang sejarah, agama dan budaya pelbagai negara, meningkatkan tadbir urus AI antarabangsa.