Insiden Tembakan Berlaku di Brooklyn, Seorang Parah

2024-03-15 15:46:55  CRI
Share with:

Satu insiden tembakan berlaku di stesen kereta api bawah tanah di pusat bandar Brooklyn, New York City, Amerika Syarikat (AS) pada 14 Mac. Seorang lelaki terkena beberapa das tembakan dan berada dalam keadaan kritikal. 

Menurut laporan Associated Press (AP), dua lelaki bertelingkah di kereta api bawah tanah pada kira-kira 4.45 petang. Seorang lelaki mengeluarkan pistol dan melambaikannya, seorang lagi lelaki merampas pistol itu dan menembaknya. 

Penembak telah ditahan oleh polis tempatan.