Pembangunan Desa Bertunjangkan “Industri Produk Manis”

2024-03-16 10:39:40  cri
Share with:

Tanaman sesawi yang berbunga mekar di perladangan seluas 13.3 hektar menjadikan kampung Fengjiangzhou bandar Zhuji di provinsi Zhejiang satu lokasi tumpuan pelancong baru-baru ini.

Perladangan tanaman sesawi milik penduduk kampung Fengjiangzhou secara kolektif itu, bukan sahaja berperanan sebagai tarikan bagi pelancong pada musim bunga, tetapi juga boleh membawa limpahan rezeki kepada penduduk kampung melalui jualan hasil pertanian setempat.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, "industri produk manis" yang bersandarkan pelbagai tanaman seperti tebu, sorghum dan sesawi di perladangan seluas 33.3 hektar berkembang cepat di kampung Fengjiangzhou, bukan sahaja dapat menghasilkan produk yang beraneka ragam seperti gula merah, tetapi juga membantu petani setempat mencari rezeki di premis yang berdekatan, sekali gus menyumbang kepada pelaksanaan skim pembangunan di luar bandar dan kemakmuran bersama rakyat.