Jerami Dikitar Semula, Sisa Jadi Sumber Rezeki

2024-03-16 14:17:36  CRI
Share with:

Kawasan penanaman gandum di kaunti Sihong, bandar Suqian, provinsi Jiangsu kira-kira 90 hektar. Kaunti ini telah menubuhkan rangkaian penggunaan jerami gandum seluruh proses dari pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan.

Setiap musim panas, jerami gandum disimpan dan dijual untuk kegunaan penjanaan kuasa elektrik, pembuatan kertas, dan makanan ternakan. Kitaran semula sisa dari ladang pertanian itu bukan sahaja menyelesaikan masalah pencemaran air, malah juga membantu meningkatkan pendapatan petani tempatan.