Pembangunan Desa Dataran Tinggi Bertunjangkan Penanaman Jamuan

2024-03-16 10:47:12  cri
Share with:

Jamuan jenis Bianyehaitang (Malus toringoides Hughes) yang tumbuh di kawasan dataran tinggi di barat provinsi Sichuan, tenggara provinsi Gansu dan tenggara wilayah Xizang bukan sahaja merupakan antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi iklim serantau dan mencegah serangan ribut angin pasir, tetapi juga bernilai tinggi dari segi hiasan, ekologi dan perubatan serta makanan terapi. Daunnya boleh digunakan untuk memasak teh, dan buahnya boleh dijadikan bahan mentah untuk menghasilkan minuman ringan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perladangan tanaman jamuan Bianyehaitang menjadi semakin luas dan syarikat rantaian perindustrian berkenaan berkembang cepat di kaunti Daofu daerah autonomi Ganzi yang berpenduduk etnik Tibet di provinsi Sichuan, sejajar dengan permintaan pasaran yang kian meningkat, dan ini juga terbukti kondusif bagi membantu lebih 2,000 orang pengusaha di 6 buah mukim dan pekan meningkatkan pendapatan malah menyumbang kepada pembangunan desa tempatan.