Sibuk Pupuk dan Pelihara Anak Ikan Pada Musim Bunga
2024-03-16 14:55:02 cri
Baru-baru ini, sejumlah pekerja kelihatan sedang sibuk memupuk dan memelihara anak ikan yang pelbagai jenis di satu premis pemeliharaan anak ikan di kaunti Weishan provinsi Shandong, yang dilihat sebagai sebahagian persiapan di ambang musim puncak perlepasan anak ikan yang akan datang tidak lama lagi.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perikanan akuakultur yang mengutamakan perlindungan ekologi giat dibangunkan di kaunti Weishan dengan memanfaatkan sumber asli tempatan. Sebanyak 4 zon perikanan moden di seluruh kaunti itu merangkumi kawasan operasi seluas 14.6 hektar pada masa ini.