Tinjauan CGTN: "Demokrasi Gaya AS" Dah Sakit

2024-03-16 20:41:34  CRI
Share with:

Walaupun Amerika Syarikat (AS) dah lama memuji dirinya sebagai "pelajar cemerlang" apabila menyebut demokrasi, tinjauan yang dijalankan oleh CGTN dan Universiti Renmin China melalui Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baharu mendapati bahawa 71.1 peratus responden menganggap bahawa sistem politik AS mempunyai kecacatan teruk. Manakala 70.4 peratus responden menganggap AS bukanlah "teladan demokrasi" bagi negara lain, sebaliknya mereka berpendapat "demokrasi gaya AS" adalah "demokrasi yang sakit".

Keputusan tinjauan itu mendapati, sebanyak 74.5 peratus responden percaya bahawa "demokrasi gaya AS" lebih cenderung untuk berkhidmat kepada golongan kaya, bukanlah rakyat jelata. Sementara itu, 68 peratus responden menganggap "demokrasi gaya AS" ialah "permainan orang berada berdasarkan duit".

Seramai 39,315 responden dari 32 buah negara di serata dunia mengikuti tiga tinjauan global tersebut, termasuk "Impressions of America". Responden adalah dari negara maju seperti AS, Jerman, Perancis, Jepun, Singapura, dan Sepanyol, dan juga negara membangun seperti Afrika Selatan, Nigeria, Brazil, India, Indonesia dan Argentina.