Roket Long March 5-Y8 Bersiap untuk Misi Chang'e-6
2024-03-16 15:13:40 CRI
Roket pembawa Long March 5-Y8 telah diangkut ke Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di selatan China, kata Jabatan Angkasa Kebangsaan China (CNSA) pada Jumaat.
Roket itu akan menjalankan misi penerbangan Chang'e-6, iaitu fasa keempat projek penerokaan Bulan China.
Menurut rancangan, pemasangan dan ujian akan dilakukan terhadap roket tersebut bersama prob Chang'e-6 yang sudah diangkut ke tapak berkenaan.