“Demokrasi Gaya AS" Buat Kekacauan di Dunia

2024-03-17 18:37:39  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) yang mengeksport "piawaian demokrasi" dan  melaksanakan "transformasi demokrasi" di peringkat global, sedang menimbulkan semakin banyak pergolakan, konflik dan malapetaka di dunia, menurut keputusan  tinjauan yang dijalankan oleh CGTN dan Universiti Renmin China melalui Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baharu.

Tinjauan itu mendapati bahawa responden dari serata dunia berasa amat tidak puas hati terhadap tindakan AS yang menyekat negara lain, memperoleh keuntungan, memburukkan perpecahan dan konfontasi di dunia dengan menggunakan alasan "demokrasi".

Sebanyak 71 peratus responden mengkritik AS yang sering mencampuri urusan domestik negara lain atau menyekat negara lain dengan alasan "demokrasi", manakala 62.3 peratus responden berasa amat tidak puas hati terhadap tindakan hegemoni AS seperti sekatan ekonomi dan lain-lain.

Seramai 39,315 responden dari 32 buah negara di serata dunia mengikuti tiga tinjauan global tersebut, termasuk "Impressions of America". Responden adalah dari negara maju seperti AS, Jerman, Perancis, Jepun, Singapura, dan Sepanyol, dan juga negara membangun seperti Afrika Selatan, Nigeria, Brazil, India, Indonesia dan Argentina.