Syarikat China Bina RTS Sambungkan Malaysia dengan Singapura

2024-03-18 14:21:54  cri
Share with:

Pembinaan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru–Singapore sebagai satu laluan landasan berkembar dijangka akan diselesaikan menjelang penghujung 2026. 

Perkhidmatan RTS yang sepanjang kira-kira 4 kilometer itu direka bentuk mampu menghantar 10 ribu orang penumpang pada setiap jam, dan dijangka akan mendorong hubungan dan kerjasama Malaysia-Singapura dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pertukaran keanggotaan sosiobudaya.

Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia sebagai pihak kontraktor menganjurkan 'bengkel mentor-mentee' untuk membantu meningkatkan kemahiran teknikal pekerja tempatan khususnya dalam bidang pembinaan jambatan. 

Pegawai projek tersebut, Zhao Zhifeng berkata, pihaknya bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi juga komited membantu pekerja tempatan menjadi tenaga penting dalam pembinaan projek terbabit bahkan pembinaan infrastruktur negaranya sendiri melalui latihan vokasional berkenaan.

Pengurus pejabat projek jambatan tinggi RTS Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia, Huang Yili pula berkata, pihaknya bukan sahaja membawa rancangan, teknologi dan kebijaksanaan China tatkala menjalankan tugas pembinaan projek di negara asing, malah juga telah menerima dan membantu memupuk sebahagian pekerja tempatan yang bertanggungjawab dan berkemampuan dalam melaksanakan projek pembinaan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).