Membantu OKU Penglihatan Menikmati Filem Melalui Pendengaran

2024-03-18 15:04:16  CRI
Share with:

Perihalan audio mula merupakan cara bagi Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan menikmati filem di China.

Sebanyak lebih 600 buah filem sudah diubahsuai menjadi bahan audio untuk kegunaan OKU penglihatan, hasil pelaksanaan projek "Guangming Cinema" di Universiti Komunikasi China.

Seorang OKU penglihatan, Cao Jun, pernah berharap agar boleh bersama dengan ahli keluarganya menikmati filem di pawagam, dan sekarang ini impiannya boleh dikatakan sudah direalisasikan apabila penerangan tentang kisah filem boleh kedengaran dengan menggunakan sepasang fon kepala.

"Pendekatan untuk OKU penglihatan ini pasti akan menjadi popular pada masa depan," katanya.