Putin Menang Besar PRU Rusia

2024-03-18 11:55:30  CRI
Share with:

Penyandang Presiden Rusia Vladimir Putin mendahului pilihan raya umum (PRU) negara itu dengan memperoleh 87.33 peratus undi, selepas 99.01 peratus kertas undi selesai dikira, menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) pada awal pagi Isnin.

Difahamkan, CEC akan mengesahkan keputusan PRU selewat-lewatnya pada 28 Mac dan mengumumkannya dalam tempoh tiga hari kemudian.