Utusan Khas PBB Seru Tingkat Bantuan Kemanusiaan di Syria

2024-03-18 14:24:42  CRI
Share with:

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Geir Pedersen menyeru supaya bantuan kemanusiaan kepada Syria terus dipertingkat.

Ketika bertemu Menteri Luar Syria Faisal Mekdad di Damascus pada Ahad, Pedersen menyampaikan kebimbangan terhadap situasi semasa Syria dan menekankan pentingnya untuk meredakan ketegangan.

Menurutnya, konflik antara tentera kerajaan Syria dan kumpulan pemberontak dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Beliau berharap pihak-pihak terbabit dapat mencapai persetujuan secepat mungkin untuk mengurangkan kesengsaraan yang dialami rakyat.