Operasi Darat di Rafah Diterus Seperti Dirancang: Netanyahu

2024-03-18 10:54:24  CRI
Share with:

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa tentera Israel akan meneruskan serangan darat yang dirancang di Rafah.

Beliau berkata tekanan antarabangsa mustahil menghalang Israel daripada mencapai semua matlamat operasi tenteranya iaitu menghapuskan Hamas, menyelamatkan semua tebusan dan memastikan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel.

"Untuk merealisasikan matlamat berkenaan, kami (Israel) akan melancarkan operasi darat seperti dirancang di Rafah," kata Netanyahu dalam mesyuarat Kabinet pada Ahad.