China Mahu Eratkan Kerjasama dengan New Zealand dalam Pelbagai Bidang

2024-03-19 13:19:20  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di Wellington pada Isnin waktu tempatan.

Wang Yi menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-10 lawatan Presiden China Xi Jinping ke New Zealand dengan jayanya serta terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China-New Zealand. China melihat New Zealand sebagai rakan kerjasama yang mempunyai mentaliti yang rasional dan matang, dan hubungan dua hala sebagai yang bersifat strategik dan berjangka masa panjang. China bersedia bersama New Zealand mengambil kesempatan ini menaik taraf perkongsian strategik komprehensif, serta menebus persamaan dan meraikan perbezaan dalam perkembangan hubungan bilateral demi kesejahteraan rakyat, malah menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Wang berkata bahawa China bersedia menjadi rakan yang boleh dipercayai dalam memacu perkongsian strategik dengan kerajaan New Zealand yang memfocuskan pendidikan, inovasi sains dan teknologi, infrastruktur, persekitaran perniagaan dan penggalakan eksport. New Zealand dialu-alukan untuk terus mengambil bahagian dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan lalu (BRI). China berharap agar meneroka bidang baharu seperti sains dan teknologi, hijau dan inovasi dalam kerjasama dengan New Zealand di samping mengukuhkan dan memperkasa kerjasama dalam bidang tradisional kedua-dua pihak. 

Wang menambah, ekonomi China bukan sahaja bertumbuh dari segi kuantiti, tetapi juga menyerlah dari segi peningkatan kualiti sehingga dapat terus menyuntik momentum kepada ekonomi dunia dan juga akan membawa lebih banyak peluang baharu kepada New Zealand. 

Dalam pertemuan itu, Luxon pula menyatakan bahawa New Zealand mengekalkan pelaksanaan dasar Satu China, bersedia mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, merancakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, sosiobudaya, pendidikan, pelancongan, pertanian, sains dan teknologi dan usaha mengatasi perubahan iklim untuk menggalakkan kemakmuran bersama kedua-dua negara sekali gus memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.

Pada hari yang sama, Wang Yi juga menghadiri pertemuan dengan rakan sejawatnya di New Zealand, Winston Peters dan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Zew Zealand, Todd McClay.