Xi Utus Tahniah Putin Kekal Presiden Rusia

2024-03-19 11:17:37  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Vladimir Putin yang sekali lagi dipilih sebagai Presiden Rusia.

Xi menzahirkan keyakinan bahawa Rusia pasti dapat melakar kejayaan lebih cemerlang dalam pembangunan negara di bawah pimpinan Putin.

Beliau berkata China mengutamakan perkembangan hubungan dengan Rusia dan bersedia mengekalkan komunikasi rapat dengan negara itu bagi memantapkan perkongsian koordinasi strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu, agar membawa limpahan manfaat kepada kedua-dua negara serta rakyat.