Xi Buat Tinjauan di Bandar Changde

2024-03-19 18:52:42  CRI
Share with:


Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping membuat tinjauan di bandar Changde, provinsi Hunan petang tadi.

Beliau melawat ke Jalan Hejie dan kampung Gangzhongping untuk mengetahui tentang pembaikpulihan blok sejarah dan budaya, pengurusan komprehensif persekitaran air, kerja persiapan bagi aktiviti pertanian pada musim bunga serta usaha meningkatkan keefisienan pentadbiran di peringkat akar umbi.