Wang Yi Bertemu TPM New Zealand

2024-03-19 16:05:38  CRI
Share with:

China bersedia bersama New Zealand melaksanakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dinaik taraf, menggerakkan rundingan mengenai senarai negatif perdagangan perkhidmatan, sekali gus memupuk enjin pertumbuhan baharu untuk sektor infrastruktur, transformasi hijau, ekonomi digital, inovasi teknologi serta usaha menangani perubahan iklim.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand, Winston Peters di Wellington pada Isnin.

Wang berkata kedua-dua pihak harus mewujudkan suasana lebih baik untuk pertukaran sesama rakyat, mengadakan pelbagai aktiviti sambutan sempena ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-New Zealand, dan memperdalam pertukaran sosiobudaya membabitkan pendidikan, pelancongan, golongan belia dan sebagainya.

Beliau menyatakan China ingin memperkasa komunikasi dan penyelarasan dengan New Zealand di bawah rangka multilateralisme, bersama-sama mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta orde berasaskan undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Peters berharap dua negara merapatkan lagi pertukaran peringkat tinggi, mengukuhkan kerjasama dalam bidang perdagangan, ekonomi, pendidikan, budaya serta usaha menangani perubahan iklim, di samping memperkasa koordinasi dalam urusan rantau dan antarabangsa, dan mendorong hubungan dua hala melakar kemajuan lebih besar pada masa hadapan.