Hari Bahasa Mandarin PBB 2024 Sempena Pesta Karya Visual CMG Seberang Laut Ke-4 Dirasmikan

2024-03-20 12:29:39  CRI
Share with:

Hari Bahasa Mandarin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2024 dan Pesta Karya Visual Kumpulan Media China (CMG) Seberang Laut ke-4 telah dirasmikan pada Selasa.


Aktiviti yang bertemakan "Masa Muda Milik Bersama - Sumbangkan Tenaga untuk Mendorong Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" itu merangkumi peraduan karya visual yang bertajuk "masa muda" dalam senario global, persembahan muzik tradisional China yang disajikan pemain muda, pameran karya karakter bahasa Mandarin yang berbentuk kreatif yang dihasilkan seniman muda dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menunjukkan secara komprehensif kedinamikan generasi muda China , meningkatkan kebersamaan di kalangan rakyat khususnya di golongan belia melalui interaksi dari segi rohani, dan berganding bahu memperjuangkan matlamat pembangunan lestari.


Menyentuh tentang soalan "apa itu masa muda?", apa jawapan dan penjelasan akan diberi orang muda yang berlatarbelakangkan kebudayaan berlainan? Apa perjuangan dilakukan golongan belia pelbagai negara pada masa muda? Bagaimana mereka memupuk dan mewujudkan impian pada masa muda? 


Pesta Karya Visual CMG Seberang Laut ke-4 yang berlangsung pada 19 Mac hingga 12 April yang menumpu kepada masa muda dan kepelbagaian kebudayaan, akan menyaksikan penglibatan penggemar kebudayaan China di merata dunia.


Terdapat 18 hadiah bagi 9 katogori yang tersedia dalam pesta kali ini, termasuk "Klip Video Terbaik", "Hadiah Paling Popular" dan "Hadiah Utusan Kebudayaan Muda". Perwakilan pemenang hadiah akan diundang ke siri perayaan "Hari Bahasa Mandarin PBB 2024" di Palais des Nations Jabatan PBB di Geneva. Sementara itu, utusan kebudayaan muda yang terpilih berpeluang membuka "perjalanan impian" ke negara Tembok Besar.