Demonstrasi Penerbangan C919, ARJ21 di Asia Tenggara Berjaya
Dua pesawat besar buatan China, iaitu C919 dan ARJ21 telah diterbangkan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di bandar Shanghai selepas demonstrasi penerbangannya di Asia Tenggara diselesaikan dengan jayanya baru-baru ini.
Dua pesawat tersebut telah dipamerkan melalui pameran model, demonstrasi statik dan acara terbang di Vietnam, Laos, Kemboja dan Indonesia secara berturut-turut, kemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Malaysia pada 12 Mac lalu untuk pameran statik.
Demonstrasi penerbangan jelajah kali ini bertujuan menguji kesepadanannya dengan lapangan terbang dan laluan penerbangan melibatkan lima negara Asia Tenggara tersebut. Prestasi yang baik yang ditunjukkan kedua-dua pesawat buatan China untuk kegunaan penumpang itu juga dilihat sebagai sebahagian persiapan bagi penerokaan pasaran pada masa kelak.